Lokasi cerun di Cameron Highlands
akan diselenggara – Baru Bian

Astro Awani | 18 Januari 2019 | 22:46 MYT

“Kementerian Kerja Raya sentiasa memberi perhatian dan komited untuk terus menyelenggara jalan dan cerun bagi kepentingan dan keselamatan pengguna jalan raya bukan sahaja di Jalan Tapah – Cameron Highlands (FT059) malah di seluruh negara”


MENTERI KERJA RAYA

BARU BIAN: Kementerian Kerja Raya sentiasa memberi perhatian dan
komited untuk terus menyelenggara jalan dan cerun bagi kepentingan
dan keselamatan pengguna jalan raya. – Gambar Facebook photo

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 lokasi penyelenggaraan cerun secara kerja pembaikan dan 59 lokasi secara kerja pencegahan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dengan anggaran kos sebanyak RM19.4 juta di Jalan Tapah-Cameron Highlands pada tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pihaknya juga telah menyiapkan kerja penyelenggaraan cerun runtuh di 1 lokasi secara kerja pembaikan dan 30 lokasi secara kerja pencegahan dengan jumlah kos sebanyak RM9.3 juta di sepanjang Jalan Tapah – Cameron Highlands yang menghubungkan Daerah Batang Padang, Perak dan Daerah Cameron Highlands, Pahang pada 2018.

“Laluan Persekutuan FT059 Jalan Tapah – Cameron Highlands merupakan jalan utama. Walaupun laluan tersebut merupakan jalan lama, perhatian akan terus diberikan oleh Kementerian Kerja Raya terhadap penyelenggaraan jalan dan cerun di samping jalan alternatif iaitu laluan FT185 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley – Lojing- Gua Musang dan laluan FT102 Jalan Pos Betau- Lembah Bertam untuk menuju ke Cameron Highlands.

“Kementerian Kerja Raya sentiasa memberi perhatian dan komited untuk terus menyelenggara jalan dan cerun bagi kepentingan dan keselamatan pengguna jalan raya bukan sahaja di Jalan Tapah – Cameron Highlands (FT059) malah di seluruh negara .

“Berdasarkan Belanjawan 2019 yang telah diluluskan, kerajaan memperuntukkan RM 20 juta di bawah peruntukan Kementerian Kerja Raya untuk kerja penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Katanya, Kementerian Kewangan (MoF) turut memberi jaminan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM90 juta lagi bagi kerja penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia.

Selain kerja penyelenggaraan cerun yang telah dan akan dilaksanakan, antara tindakan lain bagi mengurangkan risiko kejadian runtuhan cerun kata Baru Bian, kementeriannya turut melaksanakan kerja-kerja penilaian dan pemetaan tahap bahaya dan risiko cerun.

“Ia di sepanjang Jalan Persekutuan  melalui pengumpulan data dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini seperti teknologi LIDAR (Light Detection and Ranging) serta pembangunan Sistem Amaran Awal dan Masa Nyata / Early Warning System (EWS).

“Ia langkah mengetahui tanda-tanda awal keruntuhan cerun dan maklumat berkaitan dapat disebarkan untuk keselamatan pengguna jalan raya di kawasan terlibat,” ujarnya.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lokasi-cerun-di-cameron-highlands-akan-diselenggara-baru-bian-196318

 

©2019 All Rights Reserved. Pintas Utama Sdn Bhd (301524-V)

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

Log in with your credentials

Forgot your details?