Kementerian Kerja Raya Malaysia hari ini memaklumkan kementerian itu memperuntukan sejumlah RM19.4juta yang akan digunakan untuk membaiki cenuram dan laluan dari Tapah menuju  ke Cameron Highlands, Daerah Batang Padang ,Perak .

Menterinya Baru Bian yang berkesempatan melihat sendiri kerja-kerja  penyelenggaran cerunan  dilakukan hari inim  berkata, bagi tahun 2018, kementerian telah menyiapkan kerja penyelenggaraan cerun runtuh di 1 lokasi secara kerja pembaikan (corrective works) dan di 30 lokasi lain secara kerja pencegahan (preventive works) dengan jumlah kos sebanyak RM9.3 juta di sepanjang Jalan Tapah – Cameron Highlands yang menghubungkan Daerah Batang Padang, Perak dan Daerah Cameron Highlands, Pahang.

“:Bagi perancangan tahun 2019, sebanyak 10 lokasi penyelenggaraan cerun secara kerja pembaikan (corrective works) dan 59 lokasi lagi secara kerja pencegahan (preventive works) telah dikenalpasti untuk dilaksanakan dengan jumlah anggaran kos sebanyak RM 19.4 juta di Jalan Tapah-Cameron Highlands ini.

“Laluan Persekutuan FT059 Jalan Tapah – Cameron Highlands merupakan jalan utama. Walaupun laluan tersebut merupakan jalan lama, perhatian akan terus diberikan oleh Kementerian Kerja Raya terhadap penyelenggaraan jalan dan cerun disamping jalan alternatif iaitu laluan FT185 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley – Lojing- Gua Musang dan laluan FT102 Jalan Pos Betau- Lembah Bertam untuk menuju ke Cameron Highlands,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan juga menyebut Kementerian Kerja Raya sentiasa memberi perhatian dan komited untuk terus menyelenggara jalan dan cerun bagi kepentingan dan keselamatan pengguna jalan raya bukan sahaja di Jalan Tapah – Cameron Highlands (FT059) malah di seluruh negara .

Berdasarkan Belanjawan tahun 2019 yang telah diluluskan, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20juta di bawah peruntukan Kementerian Kerja Raya untuk kerja penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia.

“Kementerian Kewangan (MOF) turut memberi jaminan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM 90 juta lagi untuk kerja penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia.

“Di samping itu, selain kerja penyelenggaraan cerun yang telah dan akan dilaksanakan, antara tindakan lain bagi mengurangkan risiko kejadian runtuhan cerun, Kementerian Kerja Raya turut melaksanakan kerja-kerja penilaian dan pemetaan tahap bahaya dan risiko cerun di sepanjang Jalan Persekutuan melalui pengumpulan data dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini seperti teknologi LIDAR (‘Light Detection and Ranging) serta pembangunan Sistem Amaran Awal dan Masa Nyata / Early Warning System (EWS) agar tanda-tanda awal keruntuhan cerun dapat diketahui dan maklumat berkaitan dapat disebarkan untuk keselamatan pengguna jalan raya di kawasan terlibat,” ujarnya.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/rm19-4juta-diperuntukan-baiki-cenuram-di-laluan-tapah-ke-cameron-highlands-kata-menteri-kerja-raya/

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 All Rights Reserved. Pintas Utama Sdn Bhd (301524-V)

Log in with your credentials

Forgot your details?